Friday, 26 October 2012
Nota Peribadi #4: Salam Eid Adha 1433 Hijri
Salam Eid Adha 1433 Hijrah. Untuk hari raya korban ini, kesempatan ini diambil untuk memohon kemaafan andai ada silap dan khilaf terutama kepada rakan- rakan yang mengenali. Semoga berjumpa lagi Eid Adha yang akan datang.
Labbaikallah Hummalabbaik, Labbaikala Sharikala Kalabaik,
Innal Hamda, Wal nikmata, Latawal Mukh, Laa Sharikalah.
Labbaikallah Hummalabbaik, Labbaikala Sharikala Kalabaik,
Innal Hamda, Wal nikmata, Latawal Mukh, Laa Sharikalah.
Sunday, 21 October 2012
Nota Bola #2: Kejayaan Treble Kelantan FA 2012
Tahniah buat pasukan Kelantan atas kejayaan merangkul gelaran Juara Piala Malaysia Edisi 2012 sekaligus mengesahkan kejuaraan Treble dengan memenangi 3 piala iaitu Piala FA, Piala Liga Super dan Piala Malaysia.
Nota Bola #1: Chelsea 4 Spurs 2
Chelsea berjaya mengekalkan kedudukan di tangga teratas liga dengan mengumpul 3 mata berharga setelah berjaya melakukan comeback untuk menewaskan skuad AVB. Kemenangan ini satu kemenangan yang cukup manis kerana Chelsea masih didepan Manchester United dengan kelebihan 4 mata. Juan Mata menyerlah dengan menyumbat 2 gol selepas gol Gary Cahill berjaya dipadamkan oleh Gallas dan Defoe. Sturridge berjaya menambah gol di minit terakhir perlawanan.
Dengan rekod tanpa kalah setelah 8 perlawanan adalah satu rekod yang amat manis buat pengendali Roberto Di Matteo yang tampak berjaya mengendali Chelsea dengan baik pada awal musim setelah diberi kepercayaan mengurus Chelsea selama 2 tahun.
Chelsea! Chelsea! Never Gonna Stop!
Thursday, 18 October 2012
Nota Deko #1: Dekorasi Pilihan- Tema Warna Putih
Untuk nota pertama bagi topik deko ini, aku memilih tema putih kerana ia menjadi pilihan aku dan isteri dalam mencorak rumah yang bakal kami diami nanti yang tak tahu bila akan kami miliki. Pun begitu, tidak menjadi masalah untuk memikirkan terlebih dahulu tema warna bagi dekorasi rumah kami nanti.
Berikut adalah dekorasi cetusan idea dari Martín Gómez Arquitectos yang menggabungkan warna putih dan kayu dalam menghasilkan dekorasi yang menarik ini. Beliau menekankan sumber cahaya yang maksimun bagi menerangi setiap ruang didalam rumah ini dengan menggunakan tingkap lutsinar. Tetapi terlalu banyak tingkap juga tidak sesuai untuk diaplikasikan di Malaysia kerana masyarakat kita "berbeza". Mungkin dekorasi dalaman sahaja yang boleh diaplikasi.
Kesan khas yang menarik bagi dekorasi boleh dilihat dari bayang yang kelihatan seperti garis belang-belang yang singgah dilantai dalaman rumah ini. Ianya adalah hasil dari susunan kayu bagi bumbung laman di luar rumah. Sangat menarik dan kreatif.
Wednesday, 17 October 2012
Nota Futuristik #2: Pusat Data Google Yang Menakjubkan!
Google Inc. merupakan sebuah organisasi yang mempunyai bilangan server yang amat besar. Ini adalah selari dengan perkembangan syarikat search engine yang utama di dunia buat masa kini. Terdapat 8 Pusat Data Google di Benua Eropah dan Benua Amerika yang ditugaskan untuk melayan pengguna di serata dunia. Pusat- pusat data ini dilengkapi dengan teknologi canggih yang mampu untuk mengekalkan operasi setiap server ditahap maksimum. Dengan sistem penyejukan yang menggunakan sumber yang boleh dikitar semula, pusat data ini juga mampu untuk menjimatkan lebih 50% tenaga berbanding pusat data yang biasa.
Untuk artikel ini, saya dedahkan beberapa gambar Pusat Data Google yang serba canggih dan tersusun rapi. Anda boleh lawati secara virtual setiap pusat data tersebut di SINI
Nota Futuristik #1: Perabot Dari Pelocok Tandas
Sam Lofgren adalah seorang designer yang telah mengeksploitasi penggunaan pelocok tandas sehingga menjadi perabot rumah yang cool. Dengan menggunakan pelocok yang mempunyai sedutan yang kuat, beliau berjaya membina meja dan rak yang hanya terdiri daripada cermin kaca dan pelocok!
Rekaan ini adalah idea kreatif yang terhasil dari idea untuk menjimatkan kos. Bagi pasangan yang baru berkahwin, adalah sesuai anda mengadaptasi idea ini bagi menjimatkan kos perkahwinan anda. Dengan harga rumah di Malaysia yang kian meningkat, tidak mustahil idea ini telahpun digunapakai di Malaysia. Selamat mencuba!
Laporan asal : treehugger
Tuesday, 16 October 2012
Nota Kritik #1: Politik Dunia Kami
Politik di Malaysia adalah tentang dua- tiga puak yang tuduh menuduh sesama sendiri yang mana orang- orang yang "Mewakili Rakyat" di parlimen dan juga DUN bila mana berucap tidak mahu kalah mahupun beralah, dan tidak mahu menyerap segala serangan.
Mereka fikir hanya dengan melantunkan kembali hujah kepada pihak lawan dan menyerang kembali akan menyebabkan mereka nampak suci. Kamu rasuah, aku tidak rasuah. Kami kota janji, kamu tidak tepati janji. Kamu angkuh dan ego, aku tidak, aku bersama rakyat dijalanan, aku turun padang.
Dan yang beruntung, puak- puak yang ketiga (mungkin ketiga dan mungkin keempat). Mereka bertepuk tangan, bersorak- sorai dengan gembira kerana percaturan membawa makna.
Jangan sampai rakyat terima natijah mahupun tinja, kamu mahu tuduh menuduh, kami undi kamu untuk diusir keluar dewan. Bila tiba masanya.
Nota Suka Hati: Cuba serap segala tekanan dan jangan mudah melatah.
Nota Pendek #1: Honda CRV
Satu pagi ketika keluar untuk ke tempat kerja bersama isteri.
"Wow Bang! Dia pakai kereta yang tayar dia kat pintu belakang. Mesti kereta mahal tu." ujar isteriku.
Aku sekadar mendengar dan ketawa kecil. Ya, itu Honda CRV model 2003. Dia buta kereta. Apatah lagi perkataan "Dream Car" yang langsung tidak pernah wujud dalam kamus hidupnya, dan kerana itulah dia seronok dengan TAM, Perodua Myvi yang telah lama berbakti untuk kami.
Aku bersyukur kerana dia bukan jenis yang "Gila Kereta", tidak seperti rakan- rakan wanita yang biasa ku temui. Model- model VW sentiasa meniti di bibir.
Tuesday, 29 May 2012
Nota Peribadi #2: Perkahwinan
Tajuk post ni aku rasa sesuai dengan hari- hari terakhir aku sebagai seorang bujang. Hanya tinggal 10 hari lagi aku akan menamatkan zaman bujang seterusnya menuju ke alam rumahtangga. Perasaan tu jangan cerita laa. Suka pun ada, duka pun ada. Bab duka tu aku cerita lain kali. Bab suka yang seronok aku nak cerita. Kenapa aku suka, ni aku nak cerita.
Pertama, sebab belanja kahwin yang sederhana. Segala persiapan yang dilakukan oleh pihak kami kedua- dua belah boleh dikatakan sederhana. Segala perbelanjaan tidak mengikut trend semasa. Dari sekecil- kecil benda, sehingga lah ke sebesar- besar benda. Kami lakukan secara sederhana. Segala perbelanjaan hanya guna duit poket sendiri. Kurang beban mak bapak nak tanggung. Dan dengan lebihan simpanan untuk belanja kahwin, kami gunakan untuk belanja rumah sewa dan simpan sekiranya ada emergency.
Kedua, sebab aku ada rakan- rakan yang nak bantu uruskan majlis kami di KL. Boleh dikatakan, urusan semasa perkahwinan akan diuruskan oleh kawan baik kami. Maklumlah, keluarga kami berdua jauh di utara dan timur. Tak sempat nak membantu. Sebab tu laa aku suka sangat ada rakan- rakan yang nak bantu. Harap- harap semua berjalan dengan lancar seperti yang dirancang.
Ketiga, segala persiapan telah sampai ke peringkat akhir. hanya beberapa perkara perlu touch-up sikit supaya lebih sempurna.
Insyaallah, dengan izin-Nya semua berjalan lancar.
Tuesday, 22 May 2012
Nota Peribadi #1: CHAMPION OF EUROPE 2012
Aku rasa masih tak terlambat untuk meraikan team kegemaran aku memenangi Liga Juara- Juara Eropah dan Piala F.A. Blue is our colour, Chelsea is our team, Drogba is our hero, Proud to support this team!
Kemenangan keatas Bayern dengan penentuan penalti sangat berbaloi buat The Blues kerana igauan kekalahan penalti keatas Man U beberapa tahun yang lalu di final liga yang sama pastinya menggamit memori pemain disaat mereka akan melakukan sepakan penalti. Tetapi dengan semangat juang yang tinggi, akhirnya The Blues berjaya memenangi gelaran UCL untuk tahun 2011/2012.
Dengan perlawanan yang penuh suspen sehingga masa tambahan, aku tabik spring kat abg Drogba yang sememangnya superb! The greatest striker i've ever seen. Gol penyamaan abg Drogba sememangnya gol terbaik disaat The Blues amat memerlukannya. Rekod 11 final dengan setiap final ada gol dari Drogba sememangnya pencapaian yang sangat baik bagi seorang striker and we are surely put our trust on him to win a game.
Tabik spring jugak kepada abg Cech yang bertungkus lumus menjaga gawang. Lu memang terbaik bro. Dan diharapkan kami dapat merasainya lagi untuk tahun- tahun akan datang. Congrats The Blues and Thank You!
Monday, 21 May 2012
Nota Pertama: Assalamualaikum
hai!..
sebagai nota pertama di blog ni, aku listkan beberapa perkara kenapa aku create this blog.
1. sebab aku dah nak kahwin... ape yang aku nak borak, aku taip jer kat sini... iyer laa..dah kawen nanti, takde laa masa nak lepak- lepak kat mamak, borak- borak ngan memember...
2. ikut nasihat dari kawan aku supaya ade tempat untuk luah perasaan..ceh..bleh pakai ke tak laa nasihat tu.
3. sebab aku ade bende- benda baru yang aku nak share kat sesape yang nak bace.
4. mengisi masa lapang..haha..banyak laa masa lapang..
okkay..tu jer kot sebab ape aku nak tulis blog...nanti aku update kot- kot ade lagi sebab- sebab lain.
sebagai nota pertama di blog ni, aku listkan beberapa perkara kenapa aku create this blog.
1. sebab aku dah nak kahwin... ape yang aku nak borak, aku taip jer kat sini... iyer laa..dah kawen nanti, takde laa masa nak lepak- lepak kat mamak, borak- borak ngan memember...
2. ikut nasihat dari kawan aku supaya ade tempat untuk luah perasaan..ceh..bleh pakai ke tak laa nasihat tu.
3. sebab aku ade bende- benda baru yang aku nak share kat sesape yang nak bace.
4. mengisi masa lapang..haha..banyak laa masa lapang..
okkay..tu jer kot sebab ape aku nak tulis blog...nanti aku update kot- kot ade lagi sebab- sebab lain.
Subscribe to:
Comments (Atom)























