Tahniah buat pasukan Kelantan atas kejayaan merangkul gelaran Juara Piala Malaysia Edisi 2012 sekaligus mengesahkan kejuaraan Treble dengan memenangi 3 piala iaitu Piala FA, Piala Liga Super dan Piala Malaysia.
Perlawanan akhir Piala Malaysia yang cukup dramatik pada malam sabtu yang lalu (20 Okt 2012) juga merupakan perlawanan yang amat berharga buat Mat Yo (Norshahrul Idlan Talaha) dan Indra Putra Mahyuddin kerana dua pemain yang dilihat kurang menyengat bagi perlawanan- perlawanan sebelum ini berjaya mencuri tumpuan peminat bolasepak tanahair dengan gol- gol menarik dari mereka. Mereka membuktikan yang mereka juga berkemampuan jika dibandingkan dengan penyerang import kontroversi mereka Mohd Ghaddar.
Namun begitu, Kelantan FA terpaksa membayar harga yang mahal atas kemenangan ini kerana jika dilihat pada musim akan datang, ramai pemain pasukan Red Warriors bakal mengangkat kaki berhijrah ke pasukan lain berdasarkan tawaran- tawaran yang lumayan bagi kontrak yang bakal mereka tandatangani.
Secara keseluruhannya, mutu permainan bolasepak Malaysia kian meningkat dengan peningkatan mutu permainan setiap pemain dalam kancah bolasepak Malaysia pada hari ini. Rata- rata pemain yang mewakili pasukan Kelantan dan ATM adalah regular player untuk skuad kebangsaan. Diharapkan mereka dapat mempamerkan lagi peningkatan dalam permainan mereka dalam Piala AFF Suzuki 2012 yang bakal berlangsung tidak lama lagi.
Tahniah buat pasukan Kelantan dan ATM. Semoga maju jaya. Majulah sukan untuk negara!

No comments:
Post a Comment