Thursday, 18 October 2012

Nota Deko #1: Dekorasi Pilihan- Tema Warna Putih

Untuk nota pertama bagi topik deko ini, aku memilih tema putih kerana ia menjadi pilihan aku dan isteri dalam mencorak rumah yang bakal kami diami nanti yang tak tahu bila akan kami miliki. Pun begitu, tidak menjadi masalah untuk memikirkan terlebih dahulu tema warna bagi dekorasi rumah kami nanti.

Berikut adalah dekorasi cetusan idea dari Martín Gómez Arquitectos yang menggabungkan warna putih dan kayu dalam menghasilkan dekorasi yang menarik ini. Beliau menekankan sumber cahaya yang maksimun bagi menerangi setiap ruang didalam rumah ini dengan menggunakan tingkap lutsinar. Tetapi terlalu banyak tingkap juga tidak sesuai untuk diaplikasikan di Malaysia kerana masyarakat kita "berbeza". Mungkin dekorasi dalaman sahaja yang boleh diaplikasi.

 Kesan khas yang menarik bagi dekorasi boleh dilihat dari bayang yang  kelihatan seperti garis belang-belang yang singgah dilantai dalaman rumah ini. Ianya adalah hasil dari susunan kayu bagi bumbung laman di luar rumah. Sangat menarik dan kreatif.













Laporan asal: desiretodesire

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...