Friday, 26 October 2012
Nota Peribadi #4: Salam Eid Adha 1433 Hijri
Salam Eid Adha 1433 Hijrah. Untuk hari raya korban ini, kesempatan ini diambil untuk memohon kemaafan andai ada silap dan khilaf terutama kepada rakan- rakan yang mengenali. Semoga berjumpa lagi Eid Adha yang akan datang.
Labbaikallah Hummalabbaik, Labbaikala Sharikala Kalabaik,
Innal Hamda, Wal nikmata, Latawal Mukh, Laa Sharikalah.
Labbaikallah Hummalabbaik, Labbaikala Sharikala Kalabaik,
Innal Hamda, Wal nikmata, Latawal Mukh, Laa Sharikalah.
Sunday, 21 October 2012
Nota Bola #2: Kejayaan Treble Kelantan FA 2012
Tahniah buat pasukan Kelantan atas kejayaan merangkul gelaran Juara Piala Malaysia Edisi 2012 sekaligus mengesahkan kejuaraan Treble dengan memenangi 3 piala iaitu Piala FA, Piala Liga Super dan Piala Malaysia.
Nota Bola #1: Chelsea 4 Spurs 2
Chelsea berjaya mengekalkan kedudukan di tangga teratas liga dengan mengumpul 3 mata berharga setelah berjaya melakukan comeback untuk menewaskan skuad AVB. Kemenangan ini satu kemenangan yang cukup manis kerana Chelsea masih didepan Manchester United dengan kelebihan 4 mata. Juan Mata menyerlah dengan menyumbat 2 gol selepas gol Gary Cahill berjaya dipadamkan oleh Gallas dan Defoe. Sturridge berjaya menambah gol di minit terakhir perlawanan.
Dengan rekod tanpa kalah setelah 8 perlawanan adalah satu rekod yang amat manis buat pengendali Roberto Di Matteo yang tampak berjaya mengendali Chelsea dengan baik pada awal musim setelah diberi kepercayaan mengurus Chelsea selama 2 tahun.
Chelsea! Chelsea! Never Gonna Stop!
Thursday, 18 October 2012
Nota Deko #1: Dekorasi Pilihan- Tema Warna Putih
Untuk nota pertama bagi topik deko ini, aku memilih tema putih kerana ia menjadi pilihan aku dan isteri dalam mencorak rumah yang bakal kami diami nanti yang tak tahu bila akan kami miliki. Pun begitu, tidak menjadi masalah untuk memikirkan terlebih dahulu tema warna bagi dekorasi rumah kami nanti.
Berikut adalah dekorasi cetusan idea dari Martín Gómez Arquitectos yang menggabungkan warna putih dan kayu dalam menghasilkan dekorasi yang menarik ini. Beliau menekankan sumber cahaya yang maksimun bagi menerangi setiap ruang didalam rumah ini dengan menggunakan tingkap lutsinar. Tetapi terlalu banyak tingkap juga tidak sesuai untuk diaplikasikan di Malaysia kerana masyarakat kita "berbeza". Mungkin dekorasi dalaman sahaja yang boleh diaplikasi.
Kesan khas yang menarik bagi dekorasi boleh dilihat dari bayang yang kelihatan seperti garis belang-belang yang singgah dilantai dalaman rumah ini. Ianya adalah hasil dari susunan kayu bagi bumbung laman di luar rumah. Sangat menarik dan kreatif.
Wednesday, 17 October 2012
Nota Futuristik #2: Pusat Data Google Yang Menakjubkan!
Google Inc. merupakan sebuah organisasi yang mempunyai bilangan server yang amat besar. Ini adalah selari dengan perkembangan syarikat search engine yang utama di dunia buat masa kini. Terdapat 8 Pusat Data Google di Benua Eropah dan Benua Amerika yang ditugaskan untuk melayan pengguna di serata dunia. Pusat- pusat data ini dilengkapi dengan teknologi canggih yang mampu untuk mengekalkan operasi setiap server ditahap maksimum. Dengan sistem penyejukan yang menggunakan sumber yang boleh dikitar semula, pusat data ini juga mampu untuk menjimatkan lebih 50% tenaga berbanding pusat data yang biasa.
Untuk artikel ini, saya dedahkan beberapa gambar Pusat Data Google yang serba canggih dan tersusun rapi. Anda boleh lawati secara virtual setiap pusat data tersebut di SINI
Nota Futuristik #1: Perabot Dari Pelocok Tandas
Sam Lofgren adalah seorang designer yang telah mengeksploitasi penggunaan pelocok tandas sehingga menjadi perabot rumah yang cool. Dengan menggunakan pelocok yang mempunyai sedutan yang kuat, beliau berjaya membina meja dan rak yang hanya terdiri daripada cermin kaca dan pelocok!
Rekaan ini adalah idea kreatif yang terhasil dari idea untuk menjimatkan kos. Bagi pasangan yang baru berkahwin, adalah sesuai anda mengadaptasi idea ini bagi menjimatkan kos perkahwinan anda. Dengan harga rumah di Malaysia yang kian meningkat, tidak mustahil idea ini telahpun digunapakai di Malaysia. Selamat mencuba!
Laporan asal : treehugger
Tuesday, 16 October 2012
Nota Kritik #1: Politik Dunia Kami
Politik di Malaysia adalah tentang dua- tiga puak yang tuduh menuduh sesama sendiri yang mana orang- orang yang "Mewakili Rakyat" di parlimen dan juga DUN bila mana berucap tidak mahu kalah mahupun beralah, dan tidak mahu menyerap segala serangan.
Mereka fikir hanya dengan melantunkan kembali hujah kepada pihak lawan dan menyerang kembali akan menyebabkan mereka nampak suci. Kamu rasuah, aku tidak rasuah. Kami kota janji, kamu tidak tepati janji. Kamu angkuh dan ego, aku tidak, aku bersama rakyat dijalanan, aku turun padang.
Dan yang beruntung, puak- puak yang ketiga (mungkin ketiga dan mungkin keempat). Mereka bertepuk tangan, bersorak- sorai dengan gembira kerana percaturan membawa makna.
Jangan sampai rakyat terima natijah mahupun tinja, kamu mahu tuduh menuduh, kami undi kamu untuk diusir keluar dewan. Bila tiba masanya.
Nota Suka Hati: Cuba serap segala tekanan dan jangan mudah melatah.
Nota Pendek #1: Honda CRV
Satu pagi ketika keluar untuk ke tempat kerja bersama isteri.
"Wow Bang! Dia pakai kereta yang tayar dia kat pintu belakang. Mesti kereta mahal tu." ujar isteriku.
Aku sekadar mendengar dan ketawa kecil. Ya, itu Honda CRV model 2003. Dia buta kereta. Apatah lagi perkataan "Dream Car" yang langsung tidak pernah wujud dalam kamus hidupnya, dan kerana itulah dia seronok dengan TAM, Perodua Myvi yang telah lama berbakti untuk kami.
Aku bersyukur kerana dia bukan jenis yang "Gila Kereta", tidak seperti rakan- rakan wanita yang biasa ku temui. Model- model VW sentiasa meniti di bibir.
Subscribe to:
Comments (Atom)






















